Friday, January 3, 2014

assalamu'alaikum .. 
mudah2han coretan ini ade pengajaran dan hikmah di setiap sebalik ujian.

tatkala aku mendekati teman yang sudah lama aku berjauhan. begitu mesra,banyak perkara yang diluah dan di kongsi. namun teman ku yang lain seolah2 tidak menyukai nya apabila aku mendekat dengannya. bahkan seperti membenci aku juga. terbayang di fikiranku apa yang mereka fikir padaku? salahkah aku mendekatkan diri dengan teman yang lain?salahkah aku menemani dia pula?bukankah kamu juga aku layan sedemikian? takkan berenggang sedikit pun tidak boleh?salahkah aku berukhuwah? teman yang aku dekat ini teruk sangatkah sifatnya sehingga kamu menjadi benci terhadapnya 100%? malah aku juga seperti dibenci. tegur pun tidak. sehinggakan apabila aku bercakap dengannya mereka seolah2 mereka tidak mahu menjawab pertanyaanku. aku kecewa dan sangat sedih..sampai aku jadi terpinggir. aku menangis dan berfikir lagi. apa salahku mendekat dengannya? dia itu perempuan. takkan tidak ada satu pun kebaikan dalam dirinya sehingga kamu semua membencinya?

setelah selesai solat(di dalam bilik)


Ya Allah, sungguh aku merasa sedih ketika ini.
tiada yang mampu mendengar rintihanku melainkan Engkau.
aku sedang bersedih dan kecewa.ada teman yang rapat

namun berbalah dgn teman lain sehingga aku juga di bencinya.aku hanya mahu hidup berukhuwah.tanya khabarnya,macam mana keadaannya.apa perasaannya.apa kesedihan hatinya.namun aku dibenci teman yang lain. sungguh aku kecewa di saat ini. hatiku seperti tertusuk duri. aku cuba dan terus mencuba. namun reaksinya tetap sama. hanya berdiam diri sahaja. seolah2 dia yang layak menghukumku. padahal aku tidak sesekali merasakan ingin berjauhan dengan mereka.
Ya Allah,
bantulah aku mendamaikan ukhuwah ini.agar mereka tidak membenci teman yang lain.
 meskipun dia mempunyai sejarah silam,ataupun pernah bersikap buruk,itu semua nya DAHULU. 
kini ada juga kebaikan yang dia buat. 
hanya Engkau yg boleh mendamaikan mereka.a
min...amin..amin..

aku tidak tahu apa lagi cara untuk aku terangkan.mengapa orang selalu membenci kesalahan yang sedikit,sedangkan dia juga ada kebaikan yang lain?dia cuba untuk jadi yang baik..namun,bila sekali dia buat jahat dan salah,terus kita ,menghukumnya dan membencinya..

saat ini aku sentiasa bersedih. aku di pinggir teman sendiri sedangkan aku hanya ingin meneruskan ukhuwahku dengan teman yang lain..aku juga terasa dengan apa yg mereka lakukan..teruk sangatkah aku?
apa salah aku?adakah hanya disebabkan aku rapat dengan orang yang kamu tidak suka,enkau jadi benci dengan aku?hmmm... :'( biar Allah beri petunjuknya..biar Allah yg balas semuanya..abar dan tabah lebih baik..wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment